Pulau Perhentian kali ke 3 wuhu
Assalaamualaikum everybody. Post kali ni nak share pengalaman aku pegi camping dengan family aku dekat Pulau Perhentian, Terengganu. Actually P.Perhentian ni ada 2 pulau, satu P.Perhentian Kecil satu lagi P.Perhentian Besar. Aku pergi yang besar punya. hahahah
Aku pergi ni pun sebab ikut ayah aku buat scuba diving dia. Pastu style ayah aku ni pulak bercamping. Bukan duduk hotel or chalet ahahaha. Sebab ayah bekas askar so maybe dia suka camping lagi. Aku pulak dah pegi sini 3 kali. Masa first time pergi tahun 2015 pastu 2016 pastu 2018. Haaa semua tu camping. Pacak khemah beb.
Scuba diving tu semua family aku ada lesen kecuali aku hahahaha ayah banyak kali suruh aku buat lesen tapiiii aku tak reti nak hilangkan sakit telinga masa kat dalam air. sakit woi pressure. pastu aku punya hidung cepat sangat sakit. tak dayo nak menahan eh. ahahaha sorry ayah adik bukan tak minat tapi tak tahan la sakit berdengung sakit hidung segala T_T
aku nak share gambar tempat kitorang camping anddd rupa laut kat sana. Cantik terukkkkk. Kat Pulau Perhentian yang kecik dia best sikit la sebab tumpuan pelancong. So kat sana banyak tarikan lagi. orang jual makan2 ke goreng2 ke haa kat sana banyak. Sayang nya tak ter amik pulak gambar kat sana. Kat situ ayah aku ada borong ikan banyak2 gak untuk malam kitorang buat bakar2. Actually banyak aktiviti buat kat sana. Tapi gambar tak banyak hm mungkin masa tu cam nak menikmati keindahan je dari ambil gambar banyak2 hahaha sudahnya menyesal. Tapi ni je la some of gambar2 yang terkumpul sepanjang 3 kali aku pegi tu.
ha ni tapak kem kitorang. seeeee pacak khemah beb. Untung jadik laki. Khemah open gitu je hahaha
aku dengan kakak aku share khemah. Panas gak tido malam2. Tapi ada satu malam tu ribut. Memang duduk dalam khemah je. Ayah aku dengan abang aku tidur kat dalam surau dengan laki2 yang lain.
semua ni angkut dari rumah tau. hahaha masa first time pergi dengan ayah aku je lagi barai dengan tong2 gas, lesung batu ayah aku angkut naik bot sampai ke pulau ni ahahhahaha.
ni lauk lunch. sambal sardin telur dadar dengan kacang goreng. sedappp makan sambil tengok laut.
ni bakar ikan tongkol ke tenggiri tah tak ingat huuuuu sedap oii cicah pula dengan kicap air asam
Ada satu tempat menarik kat Pulau Perhentian Kecil, Nama tempat tu kincir angin. kalau korang google memang ada ah tempat ni. Cuma nak naik dia penat sikit ah. Dia ada banyak cara sama ada nak datang naik boat or kau hiking la naik atas tu.
cantik annnnnnnnn. ni pemandangan dari atas kat kincir angin tu. kan aku kata ada dua cara nak datang sini kan. lagi satu naik bot. pastu turun kat jeti bawah tu (dalam gambar kat atas ni) pastu mendaki la anak2 tangga tu naik atas macam kat gambar bawah ni. hahahaha penat weh. turun tangga kemain seronok pastu nak mendaki dia balik ya allah sempottttttttt.
ha yang ni lepas hiking. kitorang pekena mango float dan popia sayur harga yahudi hahahahahahahaa mahal weh. popia sayur bodo2 tu je belas2 ringgit 6 pcs tak silap. tapi ye la kan. kat pulau pulak so memang harga pegi haji balik hari hahaha. btw belakang tu hotel kat p.perhentian kecil. mewah gak hotel ni. confirm harga pun hmmm camtu lahhhhhh.
okay ni kat pulau perhentian besar balik. tempat kitorang camping tu. yang aku tunjuk tu nama batu tu nama dia batu babi, aku pun tak tau nape dia dinamakan batu babi. mungkin sebab rupa, atau entah, ahahaha ayah aku kata batu tu kat dalam laut dia bentuk O. ada gua ke camne tah bawah tu. huhuhu seram. aku penah snorkeling je sampai sana. tapi tak pernah selam ke dalam. aku,, aku takutt dengan dalam laut yang gelap senanye, hohohohoho kbai
cantik kan air dia... ni tanpa filter ye. shot on iphone gitew
ikan2 kat sini kau tabur la lauk basi ke apa ke dorang datang makan. ni kat area batu babi tu. memang ada kawasan snorkeling kat situ sebab ada batu karang.
okay dahhh tu jeee untuk post kali ni. adiosssss


